Haha! Inspirasi untuk memblog kembali lagi ke pangkuanku! Kadangkala, kita perlu meliwat (eh, maaf... hehe... melawat!) dan membaca blog-blog lain untuk mendapat inspirasi. Hasil penulisan rakan-rakan blog kita juga bagaikan bekalan zat untuk ilham kita. Maklum balas pembaca blog kita juga adalah faktor penting dan menjadi dorongan kepada kita.
Kita sedia maklum dalam era teknologi maklumat dan internet ini, apasahaja boleh direka dan diubahsuai asalkan ada keinginan, daya cipta dan perisian komputer yang sesuai.
Bekas rakan sedarjahku, Locca yang juga amat meminati Madonna telah dapat mencari satu video di YouTube yang diubahsuai semula: video Maklum Balas yang didendangkan oleh Janet dicampuradukkan dengan video 4 Minit Madonna dan Justin yang baharu dilepaskan untuk tontonan umum. Aku rasa hasil video tersebut agak hebat juga, terutama sekali bahagian-bahagian di mana kedua-dua buah lagu dan video bertindih. Rentak kedua-dua buah muzik pula agak sama juga! Dipersilakan, Janet, Madonna dan Justin....
Monday, April 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


3 comments:
wahai kakanda, mengapa kakanda asyik berblog dalam bahasa melayu sahaja kini? adahlah ini merupkan sumber inspirasi baru kakanda?
Belia tidak setuju 100% dengan, melawat 'blog' untuk mendapat ilham, kecuali di 'tag' kan. Jadi penggunaan KITA adalah sangat-sangat SALAH.
*evilaff*
dipersilakan? Belia merasa bahawa penggunaan perkataan tersebut juga adalah salah, sebab ia membawa erti yang berlainan. Belia berasa perkataan "Mempersembahkan" adalah lebih sesuai.
Sekian Terima Kasih.
*evilaff*
Oh Belia merasa sungguh "anjing betina" apabila menggunakan bahasa rasmi negara.
HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!
*oh mak tuhan ku*
Braving: wahai adinda! dua tiga kali bukannya "asyik". Suka-suka saje....
Daniel H: Mmm... betul-betul "anjing betina"
Post a Comment