ADVISORY

Certain posts in this blog contain sinful material - fictional or otherwise - and are unsuitable for minors, moralists, and those who can't wait to get to heaven.
Do not proceed if you get offended easily.

This blog also contains excessive negative material. Not suitable for positive people, and not suitable for suicidal readers as well. Use your own discretion. :)

Tuesday, November 27, 2007

Dosa Seorang Diva Yang Terlampau Obsesif

Malam tadi, Diva hampir pengsan di kelas. Diva sebenarnya masih belum pulih sepenuhnya. Diva sudah sakit demam selesema selama 3 hari. Terlantar sahaja di atas katilnya dalam kesunyian. Sudah 3 hari Diva mengeluh kesakitan tanpa diketahui sesiapa. Badannya hampir tidak bermaya, dan tangannya terkulai di pinggir katil. Tetapi, Diva mendapat tahu bahawa kakak tiri telah memainkan lagu dan tarian kegemaran Diva selama dua hari berturut-turut.

Di dalam sanubarinya, Diva tahu bahawa kebarangkalian untuk kakak tiri untuk memainkan tarian kegemaran Diva untuk satu kali lagi memanglah tipis. Walau sebagaimana tipis sekali pun, Diva tetap menaruh segala harapan dan sedia mencuba nasib. Sebab itulah Diva tetap hadir ke kelas. Sebab itulah Diva tetap sabar melakukan tarian-tarian lazim selama setengah jam dalam keadaan lemah dan tidak bertenaga. Akhirnya, kakak tiri tidak lagi memainkan lagu dan tarian kegemaran Diva. Harapan Diva berkecai menjadi debu.

Diva mula terasa pening, dan sukar bernafas. Diva masih tidak cukup sihat untuk melakukan tarian yang begitu mendesak sekali. Dengan lantas, Diva melangkah keluar dari kelas untuk berehat sebentar dan bersedia untuk pulang ke rumah. Nasib baik kakak tiri tidak melakukan tarian kegemaran Diva. Sudah tentu Diva akan terus menari tanpa menyedari kebolehan tubuhnya yang sakit dan lemah itu. Sudah tentu Diva pengsan dengan kaki terkangkang. Cis! Tak boleh! Habis maruah Diva!

Kini, Diva sedar yang Diva telah menjadi terlalu obsesif. Diva sedar sifat obsesif ini adalah satu dosa. Lama-kelamaan, dosa ini akan membawa binasa sahaja. Diva bertekad agar hanya akan menghadiri kelas tarian senaman untuk selebih-lebihnya 3 kali seminggu sahaja.

Ya Allah! Diva telah insaf sekarang. Tolong ampunkanlah dosa Diva ini. Berilah Diva kekuatan untuk mengawal sifat obsesif ini.....

4 comments:

Fable Frog said...

eh!! tiba tiba jadi perempuan melayu pulak~ haiyu~ sick still wanna do kelas~ must rest well~ kay~

Magus Young said...

kesian Diva ni...tapi saudari faham akan "ke-obsesif-an" kelas tarian ini. Mati-mati mesti pegi punya heheh

Selamat sembuh
Diva Sundal Kelas GX

The Malaysia Traveller said...

Diva...diva... kakak tiri jahat is memang jahat one. When you want to do the track, she won't do one. By the way, kakak tiri jahat is also known as Rachel. Get more rest and get well soon!

coolgardy said...

Hi Diva....

Thanks for visiting my blog, I like your BLOG...and please take it easy when you do your jamming...